WILAYAH PERSEKUTUAN BUAT “COMEBACK” IKAT NEGERI SEMBILAN
Kluang-Perlawanan pembukaan Johor Futsal Invitational Championship (JFIC) 2026 menyaksikan aksi dramatik apabila SUKMA Wilayah Persekutuan dan SUKMA Negeri Sembilan terikat 3-3 dalam perlawanan sengit di Stadium Kluang, Johor.
Senarai penjaring gol:
SUKMA Negeri Sembilan
Eidiel Qayyim (14′)
Harith Ammar ( 15′)
Muhammad Izzar ( 17′)
SUKMA Wilayah Persekutuan
Muhammad Ramadhan (29′)
Aidil Fazrez(34′)
Fakrul Hazim (39′)
Kegilaan dalam perlawanan ini adalah apabila pasukan SUKMA Negeri Sembilan mendahului terlebih dahulu di separuh masa pertama dengan kedudukan 3-0. Prestasti pasukan SUKMA Wilayah Persekutuan dilihat seperti mencari-cari rentak permainan.
Intensiti permainan di separuh masa kedua terus dipertingkatkan oleh SUKMA Wilayah Persekutuan yang pada mulanya masih bergelut namun gol di 10 minit terakhir ternyata merentap kegembiraan SUKMA Negeri Sembilan yang pada asalnya kelihatan semakin hampir merebut 3 mata penuh dan berakhir terpaksa berpuas hati berkongsi 1 mata.