JOHOR DIPAKSA BEKERJA KERAS OLEH PAHANG UNTUK 3 MATA PENUH
Kluang-Perlawanan pembukaan Johor Futsal Invitational Championship (JFIC) 2026 menyaksikan aksi dramatik apabila SUKMA Johor dan SUKMA Pahang menyajikan 7 gol yang berkualiti daripada apabila keputusan berakhir dengan kesudahan Sukma Pahang 3-4 Sukma Johor.
Senarai penjaring gol:
SUKMA Pahang
Haqim Shah (4′)
Adam Rayyan (29′)
Farhan Adib (31′)
SUKMA Johor
Asyraf Muhammad (3’& 29′)
Farhat Alissan (12′)
Muhammad Syazwi (23′)
Perlawanan bermula dengan SUKMA Johor dilihat garang apabila menjaringkan gol pertama seawal minit ke-3 namun tidak bertahan lama apabila disamakan kedudukan seminit kemudian pada minit ke-4.SUKMA Pahang memiliki peluang keemasan daripada situasi Direct Free-Kick namun gagal disudahkan
Perlawanan yang cukup menghiburkan menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan dan SUKMA Pahang juga berjaya menjaringkan gol daripada Goleiro mereka Farhan Adib dalam usaha menyamakan kedudukan.