SABAH “BERPELUH” SEBELUM MENANG MENENTANG WILAYAH PERSEKUTUAN
Kluang- Perlawanan ini sememangnya satu perlawanan yang cukup menarik apabila kedua-dua pasukan mempamerkan perlawanan yang pantas dan menyeronokkan.
Kepantasan serangan balas kedua-dua pasukan sememangnya berjaya meledak jaringan yang banyak sehinggakan pada satu ketika Wilayah Persekutuan pernah berada di hadapan Sabah. Selepas terikat 3-3 pada satu ketika jaringan oleh Muhamad Alias berbaki 5 minit sebelum tamat perlawanan meletakkan keputusan 4-3 sekaligus memberi tekanan kepada Wilayah Persekutuan untuk menyamakan kedudukan.
Wilayah Persekutuan cuba bermain power-play dan beberapa kali seakan hampir berjaya namun Sabah dilihat berjaya memenangi perlawanan ini dalam keadaan yang diberikan tentangan sengit.