Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Sinija Media

Membina Naratif Baharu

Sinija Media

Membina Naratif Baharu

  • Utama
  • Sukan
  • Video
  • Malaysia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Dunia
  • Terkini
  • Hubungi Kami
  • Utama
  • Sukan
  • Video
  • Malaysia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Dunia
  • Terkini
  • Hubungi Kami
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Sukan

HT: JDT 1–1 BURIRAM UNITED

By admin
September 15, 2026 2 Min Read
1

 

Arribas 26’ | Schimmer 43’

Johor Darul Ta’zim (JDT) terikat 1-1 dengan Buriram United selepas tamat separuh masa pertama dalam aksi yang menyaksikan kedua-dua pasukan cuba mengeksploitasi ruang menerusi pendekatan taktikal hampir serupa.

Permulaan perlawanan agak perlahan dan terputus-putus apabila beberapa kekasaran dalam lima minit pertama mengganggu rentak permainan. JDT kemudian mula memberikan ancaman dengan Arif Aiman melakukan percubaan dari sebelah kiri pada minit keenam, namun percubaannya tidak cukup kuat.

Seminit kemudian JDT memperoleh antara peluang terbaik mereka, sebelum sepakan penjuru Arif Aiman dari sebelah kanan pada minit kelapan sekali lagi memberikan tekanan kepada pertahanan Buriram.

Dari sudut taktikal, kedua-dua pasukan dilihat menggunakan tiga pemain di bahagian belakang ketika membina serangan, sebelum berubah kepada struktur lima pemain ketika bertahan. JDT beberapa kali berjaya mendapatkan kelebihan jumlah pemain apabila Buriram meninggalkan ruang yang agak besar ketika transisi.

Buriram terpaksa melakukan pertukaran awal apabila Goran Causic dikeluarkan dan digantikan Vukan Savicevic.

Shahab Zahedi pula mendapat peluang pada minit ke-14. Gerakannya menarik, namun percubaannya tidak mempunyai kekuatan mencukupi untuk benar-benar mengancam gawang Buriram.

Buriram hampir menghukum JDT menerusi situasi bola mati sekitar minit ke-18 apabila percubaan mereka just off target, sebelum Antonio Cristian Glauder melakukan tindakan bertahan penting pada minit ke-21 untuk menafikan hantaran lolos Buriram.

JDT kemudiannya berjaya memasukkan bola ke dalam gawang pada minit ke-22, namun jaringan tersebut dibatalkan kerana kekasaran. Penjaga gol Buriram, Neil Etheridge, turut kelihatan tidak selesa seketika susulan insiden tersebut tetapi dapat meneruskan permainan.

Advantage yang membawa kepada gol

JDT akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-26 menerusi Óscar Arribas.

Gerakan tersebut tercetus selepas pengadil memilih untuk memberikan advantage kepada JDT meskipun berlaku kekasaran. Keputusan membenarkan permainan diteruskan ternyata tepat apabila serangan itu akhirnya disempurnakan Arribas untuk meletakkan Harimau Selatan 1-0 di hadapan.

Selepas jaringan itu, tempo permainan mula menurun dan aksi dalam tempoh kira-kira lapan minit berikutnya berlangsung agak perlahan.

Namun Buriram tidak membenarkan JDT membawa kelebihan tersebut ke bilik persalinan.

Pada minit ke-43, satu larian pemain Buriram ke sebelah kiri berjaya menarik pertahanan JDT dan membuka ruang di sebelah kanan. Stefan Schimmer memanfaatkan ruang tersebut dengan satu first-time shot yang cukup cantik untuk menewaskan Syihan Hazmi dan menjadikan kedudukan 1-1.

Ketika memasuki masa tambahan separuh masa pertama, Shahab Zahedi turut dilayangkan kad kuning sebelum pengadil menamatkan aksi 45 minit pertama.

Author

admin

Follow Me
Other Articles
Previous

SK TUANKU FATIMAH TERUS UNGGUL SEBAGAI KUASA BOLA SEPAK AKAR UMBI PAHANG

Next

JDT Terlepas Peluang Manfaat Kelebihan Pemain, Terikat 1-1 Dengan Buriram United

One Comment
  1. JDT Terlepas Peluang Manfaat Kelebihan Pemain, Terikat 1-1 Dengan Buriram United – Sinija Media says:
    September 15, 2026 at 2:17 pm

    […] Selatan akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-26 menerusi Óscar Arribas. Pengadil terlebih dahulu memberikan advantage kepada JDT selepas berlaku kekasaran dan keputusan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About This Site

This may be a good place to introduce yourself and your site or include some credits.

Search

Recent Posts

  • Qaseh Riana Cemerlang Ledak Gol Buat Malayan Tigres U17
  • HT: IRAQ 0-2 MALAYSIA
  • DUA GOL ANUSHKA PACU INDIA TEWASKAN SYRIA
  • HT: SYRIA 0-1 INDIA
  • JDT Terlepas Peluang Manfaat Kelebihan Pemain, Terikat 1-1 Dengan Buriram United

Hubungi Kami

Alamat
No.58 Jalan Duku 23,Taman Kota Masai,81700 Pasir Gudang,Johor

Telefon
014 229 5962,010 559 5962

About This Site

This may be a good place to introduce yourself and your site or include some credits.

Recent Posts

  • Qaseh Riana Cemerlang Ledak Gol Buat Malayan Tigres U17
  • HT: IRAQ 0-2 MALAYSIA
  • DUA GOL ANUSHKA PACU INDIA TEWASKAN SYRIA
  • HT: SYRIA 0-1 INDIA
  • JDT Terlepas Peluang Manfaat Kelebihan Pemain, Terikat 1-1 Dengan Buriram United

Archives

  • October 2026 (4)
  • September 2026 (2)
  • June 2026 (1)
  • May 2026 (1)
  • April 2026 (13)

Find Us

E-mail

info@sinijamedia.my

Copyright 2026 — Sinija Media. All rights reserved | Hosting oleh VirtualNiaga.com