AS larang Israel serang Lubnan selepas gencatan senjata
LAS VEGAS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata pada Jumaat bahawa Washington telah “melarang” Israel daripada melancarkan serangan ke atas Lubnan susulan perjanjian gencatan senjata yang dimeterai baru-baru ini.
Beliau berkata, AS juga akan bekerjasama dengan Lubnan bagi “menangani” kumpulan Hizbullah.
“Israel tidak akan lagi mengebom Lubnan. Mereka dilarang berbuat demikian oleh Amerika Syarikat. Cukuplah setakat ini!” katanya menerusi platform Truth Social miliknya, sehari selepas mengumumkan gencatan senjata selama 10 hari. — AFP