11 GOL TERHASIL DALAM PERLAWANAN NEGERI SEMBILAN MENENTANG JOHOR
Kluang– Masuk hari kedua perlawanan JFIC 2026 menyaksikan Johor meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 7-4. Perlawanan dilihat didominasi oleh Johor yang menjaringkan gol seawal minit pertama menerusi sepak mula oleh Syed Hidir.
2 pemain ini iautu Adam Izz Wazif dan Syed Hidir antara tonggak utama apabila kedua-dua pemain ini berjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Negeri Sembilan juga dilihat ada beberapa ketika cuba mengatur rentak serangan dan berjaya menjaringkan gol menerusi Eidiel Qayyim,Arif Naufal dan 2 jaringan daripada Danish Ahmad masih tidak lagi cukup buat Negeri Sembilan memperolehi kemenangan pertama.
Johor dijadualkan bertemu Wilayah Persekutuan yang masih mencari kemenangan pertama manakala Negeri Sembilan bakal menentang Sarawak yang juga mahu mencari kemenangan pertama apabila sekadar seri 4-4 menentang Sabah dan 1-1 bertemu Pahang semalam.