SARAWAK & SABAH TERIKAT 4-4 DALAM AKSI PEMBUKAAN JFIC 2026
Kluang-Perlawanan pembukaan Johor Futsal Invitational Championship (JFIC) 2026 menyaksikan aksi dramatik apabila SUKMA Sarawak dan SUKMA Sabah terikat 4-4 dalam perlawanan sengit di Stadium Kluang, Johor.
Senarai penjaring gol:
SUKMA Sarawak
Muhammad Zafqul Syamil Darahman (8’& 9′)
Asyraff Zakaris (14’)
Mohd Aidil Putra (39′)
SUKMA Sabah
Amirul Fadzly (5′)
Kevin Kafflee @ Elek (9’)
Mohammad Adziyyan Ahlihin (16’)
Muhammad Alias (39′)
Memasuki separuh masa kedua, tempo permainan kekal tinggi dengan kedua-dua pasukan memburu gol kemenangan. Namun, pertahanan yang lebih tersusun serta aksi cemerlang penjaga gol memastikan kedudukan kekal sehingga wisel penamat.
Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dalam aksi pembukaan, sekali gus memberi bayangan bahawa kejohanan ini bakal berlangsung dengan persaingan sengit.