JOHOR TEWASKAN WILAYAH PERSEKUTUAN UNTUK 3 KEMENANGAN BERTURUT-TURUT
Kluang- Johor kekal unggul dengan 3 kemenangan berturut-turut meskipun dipaksa bekerja keras oleh pasukan Wilayah Persekutuan yang mana perlawanan berakhir dengan keputusan 3-2.
Anak buah Khairul Amir berjaya menjaringkal gol seawal minit ke-7 menerusi jaringan Adam Izz dan seterusnya Muhamad Akhbar pada minit ke-14. Namun Wilayah Persekutuan dilihat sedikit berpeluang mengejar apabila jaringan sendiri Johor Afiz Muzhafar pada minit ke15 meletakkan kedudukan 2-1.
Namun Syed Khidir berjaya meredakan sedikit kebimbangan pasukan Johor dengan jaringan pada minit ke-27 untuk keputusan 3-1. Ianya tidak bertahan lama apabila Aniq Syahmi meletakkan Wilayah Persekutuan dalam perjuangan apabila berjaya jaringkan gol pada minit ke-30.
Serangan demi serang dilakukan oleh Wilayah Persekutuan dalam usaha menyamakan kedudukan tidak terhasil dan akhirnya wisel masa penuh ditiupkan dengan keputusan kekal 3-2.