HT: SYRIA 0-1 INDIA
SELAYANG – India mendahului Syria 1–0 pada separuh masa pertama hasil jaringan cantik Anushka Kumari pada minit kelima dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Dalam keadaan cuaca panas dan berjerebu, India lebih dominan menerusi penguasaan bola yang kemas serta hantaran jauh berkualiti. Anushka terus menjadi ancaman dengan percubaan jarak jauhnya, manakala Syria sukar mengekalkan bola untuk membina serangan.
Tempo permainan agak perlahan selepas gol pembukaan, diselang beberapa kekasaran, sebelum India meningkatkan intensiti dan menghantar lebih ramai pemain ke hadapan. Syria sesekali berpeluang memanfaatkan kesilapan lawan, namun belum mampu memberikan ancaman bermakna kepada penjaga gol India.
Pada minit ke-42, Abhista Basnett hampir menambah jaringan menerusi tandukan daripada sepakan penjuru, tetapi berjaya ditepis penjaga gol Syria. Hantaran penjuru India dari kedua-dua belah turut mengundang bahaya.
Syria kemudian terselamat dalam masa tambahan apabila Arin Asaad melakukan penyelamatan di garisan gol untuk menafikan percubaan Anushka, memastikan kedudukan kekal 1–0 hingga rehat